BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
There was an error in this gadget

Thursday, November 29, 2012

warkah cinta berbau syurga~~

bismillah... hati ana berdebar2 bila tengok tajuk "warkah cinta berbau syurga" Allahuakbar.. berdebarnya.. sukaaa..suka sangat2.. huhu..macam nak nagis ja.. huwaaa.. best sgt... Allahuakbar.. x tau rasa apakah ini.. Allahuakbar...ana ambil sinopsis dari http://cairostudent.blogspot.com/2011/04/sinopsis-warkah-cinta-berbau-syurga.html 


lagu nie...

video

jatuh cinta sgt dgn cerita nie...Allahuakbar...

SINOPSIS WARKAH CINTA BERBAU SYURGA

Amir Mukhlis adalah penuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran dan ditakdirkan berkenalan dengan pelajar Naim Lilbanat iaitu Wardah dalam satu sesi pertemuan antara redaksi sekolah. Amir dibesarkan dalam keluarga yang subur dengan atmosfera agama. Beliau dididik dan dibesarkan oleh ibubapa yang faham asas-asas agama dengan baik. Malah, ibubapa Amir sering berbicara dan memberitahu bahawa Amir perlu menjadi pemimpin apabila beliau besar nanti. Disebabkan itu, Amir sangat fokus pada pengajian dan komitmennya amat tinggi terhadap pelajaran.



Wardah pula berasal dari keluarga yang agak kucar-kacir disebabkan bapanya mempunyai beberapa karekter yang negatif. Bapa Wardah seorang yang materialistik dan tidak menyukai karekter agamawan. Dia juga tidak mahu Wardah belajar di sekolah agama kerana memandangkan jaminan kerjaya yang kurang cerah. Bagi bapa Wardah, belajar agama adalah membazir masa dan wang, kerana tiada pulangan besar yang diperolehi daripada ilmu agama. Berbeza dengan ilmu profesional yang lain. Wardah cuba menyedarkan bapanya bahawa tanggapan seperti itu adalah salah. Atas dasar itu, beliau mahu mencari bakal suami yang berprinsip dan boleh menjadi tauladan kepada keluarganya.

Dari konflik keluarga itu membuatkan Wardah sentiasa mencari-cari lelaki ideal yang sesuai dijadikan tempat sandaran. Akhirnya, pertemuan secara tidak sengaja dengan Amir membuahkan cetusan rasa kagum dalam diri Wardah. Wardah mengambil langkah pro aktif dengan meminta sepupunya iaitu Rahim yang belajar di sekolah yang sama dengan Amir Mukhlis. Wardah cuba mencuri perhatian Amir melalui bantuan sepupunya Rahim, namun Amir tidak mahu memberikan respon. Dia berkeras tidak mahu bercinta demi menjaga kesucian agama dan status penghafaz al-Quran.

Dalam diam, Amir menghormati Wardah dan mengkaguminya disebabkan Wardah dalah antara pelajar terbaik sekolah Naim Lil Banat. Secara berhati-hati Amir cuba memberi nasihat dan peringatan kepada Wardah agar tidak bercinta dan mengikut gelora emosi remaja yang mudah dibuai kasmaran. Wardah menjadi keliru adakah Amir menyukainya atau tidak? Beberapa kali Wardah cuba mendapatkan kepastian, namun Amir tetap menggantung jawapan.

Amir pernah memberitahu kepada Wardah “Kalau ada jodoh, tidak ke mana. Takkan lari gunung dikejar” Dengan harapan Wardah mengerti bahawa dia akan setia. Malah, Amir juga cuba untuk tidak mencari orang lain. Namun, ungkapan seperti itu tidak mampu meyakinkan Wardah.

Beberapa minggu sebelum Amir ke Mesir, beliau terlibat dengan satu kemalangan kecil. Iaitu dia terlanggar seorang pelajar maahad sewaktu mengundurkan kereta. Pelajar itu luka di tangan dan Amir memberikan sapu tangan kepadanya. Gadis yang luka itu adalah BALQIS. Dari insiden itu, Balqis terlupa memulangkan sapu tangan dan menyimpannya dengan baik. Pertemuan ini berlaku seketika sahaja (Bahagian ini sengaja tidak diketengahkan, hanya pembaca yang tekun akan menyedarinya)

Beberapa tahun Wardah menggantung harapan dan berkomunikasi dengan Amir melalui surat dan telefon. Biarpun begitu, Amir tetap dengan sikapnya. Sehinggalah mereka menjejakkan kaki ke menara gading. Wardah ke Universiti Malaya dan Amir pula ke Universiti Al-Azhar, Kaherah. Wardah yang merasakan dirinya bertepuk sebelah tangan semakin tertekan dengan keegoan Amir. Ketika itu, Wardah pula dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya iaitu Syamsul.

Bapanya memilih Syamsul dengan niat memisahkan anaknya daripada mengahwini Amir. Juga disebabkan Syamsul adalah seorang pemuda yang bergaji besar serta mempunyai pekerjaan yang mantap. Sedangkan Amir masih lagi bergelar mahasiswa dan belum tentu mendapat pekerjaan yang selesa. Akhirnya Wardah kecewa dengan sikap Amir dan merelakan dirinya dilamar. Akhirnya Wardah berkahwin dengan Syamsul.

Sebaik menerima berita perkahwinan Wardah, Amir mula menyedari ada sesuatu kehilangan dalam dirinya. Dia mula merasakan kerinduan yang amat. Barulah dia sedar apa itu mencintai dalam diam. Namun, cintanya sudah dimiliki orang. Amir mula menyesal dengan sikapnya sendiri. Dia cuba mencari dimanakah kesilapannya? Dia sedar, selama ini dia terlalu rigid dan langsung tidak meluahkan perasaan sebenarnya. Disebabkan itu, dia berazam untuk bersikap dengan lebih matang dan rasional.

Sewaktu Amir sedang meneruskan pengajian di Al-Azhar, Mesir. Amir menyimpan luka kesedihan yang dalam itu. Dia mahu mempastikan bahawa persepsi bapa Wardah adalah silap. Agamawan tidak akan merempat sekalipun mereka tidak menjadi seorang yang kaya raya. Dari situ, Amir memaksa dirinya bekerja keras, dia mula membina karisma seorang pemimpin. Dia terus mengaplikasikan ilmu-ilmu yang pernah dipelajari oleh guru-guru dan ustaz-ustaznya di maahad dahulu.

Secara tidak langsung, Amir memasang cita-cita untuk menjadi penulis dan pendakwah. Dia memasuki team editorial dan menjadi pengarang utama di majalah mahasiswa Mesir. Dia mula menulis dan mengarang untuk melepaskan perasaannya itu secara estetika. Dia menulis catatan untuk memberikan motivasi dalam dirinya sendiri dan orang lain. Dia mahu sedarkan agamawan bahawa golongan ilmuan harus berjuang terus-terusan menyampaikan ilmu dalam semua bidang mahupun lapangan. Khususnya bidang seni serta penulisan.

Beberapa tahun berlalu dan pengambilan mahasiswa-mahasiswi baru dari malaysia ke universiti Al-Azhar berlangsung. Suatu hari, satu insiden telah berlaku membabitkan Amir dengan seorang siswi baru yang bernama Balqis. Beliau telah menyelamatkan Balqis dari situasi genting. Disebabkan itu, Balqis yang baru kematian ibubapa cuba mencari seseorang untuk dijadikan sumber inspirasi. Dalam masa yang sama, secara kebetulan berlaku beberapa insiden ke atas diri Balqis, dan ternyata Amir juga yang mampu menyelesaikan kesemua masalah itu.

Dalam diam, Balqis meminati Amir dan cuba mendekatinya. Melihat perwatakan dan mengenali prinsip diri beliau. Balqis mula meyakini bahawa Amirlah orang yang mampu menjaganya dunia dan akhirat. Amir masih cuba menjaga status pelajar agama dan seorang penghafaz Al-Quran, Amir tetap menjaga kesucian diri sekalipun Balqis mengharapkan perhatian darinya. Memandangkan beliau pernah bersikap ‘keras’ terhadap Wardah, Amir mahu membawa pendekatan baru dalam dirinya terhadap Balqis.

Amir pernah menyelamatkan Balqis daripada terkena satu kemalangan, dia juga pernah mendapatkan semula beg duit Balqis yang pernah diragut seorang pencopet. Tetapi, semua jasanya itu sengaja ditutup serta dia meminta Izzuddin agar memberitahu secara umum. Secara tidak langsung balqis akhirnya mengetahui kebenaran, dia kagum dengan keikhlasan Amir. Beberapa kali dia cuba memberitahu perasaannya, namun Amir seakan menolak.

Satu eksepedisi ke Jabal Musa atau Bukit Tursina telah berlangsung. Amir, Izzuddin dan Balqis turut serta dalam eksepedisi itu. Kali ini berlaku satu lagi insiden dan akhirnya Balqis benar-benar tidak dapat menahan perasaanya terhadap Amir. Balqis juga menunjukkan sapu tangan yang pernah diberikan oleh Amir ketika dia terlanggar Balqis. Amir baru tersedar, Balqis adalah gadis yang pernah ditemui secara tidak langsung di Malaysia dahulu. Tercetus dari situ, Amir mula berazam untuk menerima Balqis dengan baik.

Malangnya, sebelum ekspedisi itu berakhir, Amir jatuh pengsan dan dibawa ke hospital. Lalu dia didapati menghidap tumor di kepala. Dia diramalkan oleh doktor akan mati tidak lama lagi.

Hasrat Amir untuk menerima Balqis akhirnya menjadi kabur semula. Dia tidak mahu menerima Balqis seandainya dia terpaksa meninggalkan gadis itu sendirian selepas ini. Pasti situasi itu akan menyebabkan Balqis menderita. Dalam masa beliau membawa dilema yang besar. Ketika itu, dia mula berhadapan satu konflik dengan Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir cuba memberi jalan kepada Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir memilih untuk beralah. Namun, salah faham telah wujud antara mereka berdua. Ketika konflik kian meruncing, Amir ditimpa sakit yang kronik. Dia kian terbeban dengan harapan Balqis, tekanan sahabatnya dan masalah kesihatan.

Amir perlu membuatkan keputusan besar dalam hidupnya. Sama ada di mahu pulang ke Malaysia dan menjalankan pembedahan, atau dia perlu meneruskan serta menamatkan pengajian tanpa memikirkan lagi soal hidup atau mati. Akhirnya dia memutuskan untuk terus belajar, sebaik keputusan akhir peperiksaan hampir diumumkan. Amir diterbangkan ke Malaysia. Ibubapa Amir baru mengetahui penyakit yang dihidapinya dan membuat keputusan agar Amir menjalani pembedahan.

Balqis dan Izzuddin baru menyedari bahawa selama ini Amir berperang dengan perasaan sendiri demi menjaga perasaan orang lain. Malah Amir berperang dengan kesakitan dan penyakitnya, demi untuk tidak membebankan orang lain. Balqis masih berdoa agar jodoh antara mereka masih ada. Manakala Izzuddin hanya mampu merasa kesal dengan kebodohan sikapnya.

Amir menjalani pembedahan. Dia selamat. Keputusan peperiksaan akhir juga diumumkan, Amir mendapat keputusan cemerlang sekalipun beliau menduduki peperiksaan dalam keadaan berperang dengan kesakitan. Semua sahabat Amir beranggapan bahawa Amir sudahpun meninggal dunia. Termasuk juga Balqis.

Amir memilih untuk merahsiakan bahawa dirinya masih hidup.

Sekian.

Monday, November 26, 2012

boleh ke??? alahaiii..malunya~~

Bismillah... masa dok buka Fb tetiba terjumpa kata2 yang macam best ja~~~

jika ada lelaki alim dan bagus akhlaknya maka sunat pihak perempuan melamar lelaki... weeee.. best sangat ayat nie... nak..nak.. boleh x kalau nak buat macam tu... huhuhu.. boleh ka?? ala, malu la.. malu sangat-sangat~~~ fuhhhh... first malu nak cakap la.. tetiba  ja diri nie yang x seberapa alim tapi nak lelaki yang alim...hmmmm.. yang ke-2 sudi ke dia kat ana... yang tu yang penting!! tengok macam tau dah x sudi... huhu.. sadisss ja bunyi... huhu...tetiba rasa malu ya amat!! aishhh.. malunyaaaa~~ tutup muka, tutup muka....

 tapi ana nak doa gak..nak doa gak bagi dapat si dia.. doa senjata kan..^_^..jadi kita kena terus berdoa!! macam doa kat gambar bawah nie... baca tau..baca!! mesti baca~~ tolong doa sekali ye pembaca En "blog" ana untuk ana...^_^

 perjuangan mesti diteruskan.. cewaaaah~~ aish.. malu laaaa~~ tutup mukaaa...

dia permata hati~


25-nov-2012 11.13pm

Bismillah... apa khbar pembaca En "blog" kita?? semua sihat~~ moga sihat hendakNya..
Inshaa ALLAH... saja ja tulis kat en "blog" rinduuuu.. hahah.. tadi baru je tertengok gambar kekasih hati..aduuhh tetiba rasa makin suka.. ya ALLAH ampuni dosa ku..aamiin... yaALLAH satukan hati dia dgn hati ku kerana cinta kami terhadapMu, kasih kami terhadapMu, rindu kami terhadapMu.. hati nie dah jatuh cinta kepada dia, yaALLAH.. biar perasaan ini hanya keranaMu yaALLAH..subhanallah..

tetiba ada perasaan nak Kahwin sekarang jugak!!!~~~ hahaha..boleh tak ada perasaan macam tu?? boleh la kot... kan..kan.. bukan selalu ada perasaan mcm tu... hehe~~

certa pasai kahwin, baru-baru nie ana menghadiri majlis perkahwinan kawan baik ana.. suka sangat tengok dia.. tapi tak bagi tahu la pon kat dia yang ana suka tengok dia pakai baju pengantin.. hihi.. masa p tengok dia dan kakak dia makeup, rasa ana pulak yang nak p kahwin... hehe.. macam mana tak timpul perasaan macam tu, awal-awal pagi dah p butik pengantin, masuk dalam kedai tu banyak baju pengantin..lawa-lawa pulak tu.. rasa macam dah nk kahwin dah waktu tu...tapi itu hanya perasaan saja..huhuh~~perasaan ana waktu tu teruja... teruja sebab kawan ana dah kahwin..
tahu nie ramai yang kahwin. mula dari kak Hanis, lepas tu Nashitah (kenduri dia x pergi pon ayah x bagi pergi sebab jauh dan tak tau jalan) kemudian Hanisah, dan akhir sekali Fitriah...


kak Hanis nikah bulan 3 February 2012, masa tu cuti sem semester 3.. sekarang alhamdulillah, kak Hanis dan suami dah dapat cahaya mata, bayi boy pada tanggal 24-nov-2012...Inshaa ALLAH nnt ana nak p melawat...^_^

jom tengok gambar kak Hanis di hari sejarahnya~~

 masa nie pihak lelaki tak sampai g... jadi tangap gambar siap2.
 selamat nikah sudah..alhamdulilah.. (gambar ciplak dari Fb kak hanis) haha
 yang nie dari my own fon.. handphone ja ana ada...hehe
 nie pon ciplak dari fB kak hanis..haha...

cerita pasai Nashitah abd rahim..Nash nikah masa raya haji... kenduri 19-nov-2012.. tapi ana tak leh p..huuhuh.. ayah x bagi p, walaupon rumah Nash kat pokok sena kedah juga.. tapi ana x tau jalan.. masa nk p ayah ckp x yah p.. dah la x tau jalan.. lps tu nak redah sesuka hati je.. disebabkan ayah dah berleter, jadi x pergi la.. huhu.. maaf Nash, x boleh p dihari bahagia mu... ana doakan nash bahagian bersama suami di dunia dan akhirat,..aamiin..

Next story Hanisah abd rahman... nisah nikah dan kenduri sekali 17-nov-2012... so kenduri nisah ana dok paling lama la.. dari pagi sampai tengah hari.. pagi p hantar nisah dgn kak yati p makeup.. lps tu ikt depa g masjid, tengok mcmn akad nikah dijalankan..sat je akad nikah nisah dn kak yati... sekelip mata nisah bertukar dari cik ke puan, dari single ke married... sangat cepat.. sangat x percaya!! hehe.. tapi alhmdulillah selamat semuanya.. jom kita layan gambar nisah dan kak yati..




masa nie dah selesai make up.. nisah baju putih kak yati baju biru...
 

 kak yati kakak kepada nisah kawan kakak ana
 tengok mesej dari kawan kot~~ entah
 dah selamat nikah..alhmdulillah
 sarung cincin tanda kasih dan sayang terjalin antara suami dan isteri

 ciuman di tangan si suami tnda hormat dan kasih
 Hanisah + Noor Muhammad

 Hayati + Mohd Noor

akhir sekali Fitriah binti...... ala x ingt la...huhuhu fitriah nikah dah cuma kenduri ja x buat lagi...  inShaa ALLAH 16- Dis- nie kenduri dia.. ^_^

gambar nie ana ciplak dari Fb dia..haha.. gambar nikah dia..alhmdulillah











Thursday, November 1, 2012

perasaan sepoi-sepoi angin #3

1.11.2010 11.00pm

Bismillah.. apa khbar pembaca "en" blog saya?? cehhh,, macam ada orang yang nak baca kan... tapi tetap gak nak doa untuk semua, semoga semua sihat dan bahagia dunia dan akhirat, aamiin...

tak de benda pon nak cerita, tapi nak cerita juga.. nk cerita apa erk?? entah.. cerita pasai mood tak de tapi kena juga bermood.. moodnya adalah baca buku..haha.. pelik kan mood tu, orang patut suka mood tu, tapi ana tak berapa suka..huhu.. sbb tu la result last sem terok sangat..mesti mak dengan ayah kecewa dgn anak depa kan... huhu.. kak minta maaf mak..kak minta maaf ye ayah...huhu.. T_T

sebab tu la boleh jadi mood tak de tapi kena bermood... (hancusss BI aku)... masa p kuliah tadi pensyarah dok explain mcm2..non stop.. tapi ana stll x paham sepatah pon..huhu.. kesian kan kat ana.. bab2 kuliah ja lembab...huhu.. so sad.. T_T..  so minggu nie ambil keputusan xmau balik rumah..nak study... walaupon hnya mid term exam, ana kena gak study, xnak jadi macam semester lepas.. ohhhhhhhh, tidakkkkkkkkk...

yaALLAH berikanlah hambamu ini kekuatan, peliharanlah niat ku ini, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu Ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. sesungguhnya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..amiin..

peliharalah daku yaRABBI...

Wednesday, October 17, 2012

perasaan sepoi2 angin #2

10.51pm (17-Oct-2012)

Bismillah... tetiba rasa berdebar-debar? kenapa ye... pelik... hati nie betol-betol rasa berdebar~~ rasa macam ada sesuatu tak kena pon ada... kenapa ye?? ana betol-betol tak tahu sbb apa boleh ada perasaan nie.. rasa gelisah pon ada jugak... arrr kenapa?? why?? yaALLAH lapangkan hati nie.. hilangkanlah debaran yang menyebabkan hati ku menjadi gelisah... selamatkanlah daku, keluargaku, sahabat-sahabatku, adik-adik angkatku, si dia dan keluarga si dia, dari bahaya iman hadiahkan kami taufiq dan hidayahMu...aamiin... selamatkanlah kami semua ya ALLAH..aamin..

 selamatkanlah imanku ya RABBI

Thursday, October 4, 2012

terkunci~~

4-Oct-2012 (3.12pm)

Bismillah... ana nak cerita kat "en" blog, ana terkunci dalam bilik asrama sekarang nie.. pukul 2.00pm terkunci sampai sekarang 3.15pm, masih tak boleh buka lagi pintu bilik.. pekerja logistik dok bertukus lumus tolong buka pintu bilik.. macam2 bunyi, mcm tengah gerudi, tengah ketok, tengah terajang!... serius pekerja tu terajang pintu bilik kuat bukan main.. tergejuk kot... huhuhuhu... sekarang pukul 3.18pm pekerja2 tu panggil ana dari luar, pekerja tu cakap "cik" kami panggil ornag lain mai tolong buat pintu nie.. ana cuma boleh balas "ye" dari dalam bilik.. cepatnya depa surrender... sampai nak pecah pintu bilik depa kerjakan, sekarang baru nk panggil ornag lain.. huhu... tapi alhamdulillah sekurang-kurangnya depa cuba~~


ini lah pintunya.. 

alhmdulillah pukul 4.00pm pintu berjaya dibuka..tengok gambar ini hasil nya...huhuhuh...

 ops menyelamatkan ana ini lah keadaan pintu..
 pekerja nie la yang ketok pintu bilik ana masa mula2 tu... so dia perbetulkan balik
 barang2 perbaiki pintu bilik
lengoh berdiri, dia duduk pulak ..^_^

Tuesday, October 2, 2012

perasaan sepoi-sepoi angin 1#

11:34pm (1-Oct-2012)


Bismillah... hari tu ana cerita kat "en" blog pasai perasaan cemburu.. kali nie persaaan pelik sikit... perasaan  pelik tapi mahu... macam "over" ja perasaan tu.. tapi itu la perasaan.. tahu kenapa ana tulis macam tu.. sebabnya tiga, empat bulan nie... ramai sangat orang sebut pasai "kahwin" kenapa yeeeeee?? pelik juga la.. kadang-kadang rasa macam rimas.. sampaikan satu tahap ana pon rasa nak kahwin.hahaha... normal la kalau orang rasa nak kahwin, fitrah.. sunnah nabi lagi.. tegok orang yang kahwin rasa bahagian ja untuk dia orang.. gambar pon kat FB mcm lovely gila.. fuhhh.. buat orang yang tengok foto dia orang cemburu dengan kebahagiaan diaorang...kan..kan... tapi ana tak rasa cemburu pon.. ana boleh tumpang rasa bahagiaan untuk depa... hrrmmm.. tapi lately nie ramai sangat post pasai kahwin.. kawan-kawan ana pon ada yang akan kahwin tahun 2012 nie.. ana tolong rasa best untuk dia orang... huhu... 

cerita pasai kahwin ini.. banyak kawan-kawan ana yang dah kahwin nak tambah anak pulak, ada yang 2 nak masuk 3, ada 1 nak masuk 2, ada yang baru dapat baby.... adoiii.. rasa segan pulak dengan diaorang.. hari-hari update status cerita pasai perkembangan anak-anak.. hahaha..rasa macam lawak ja.. tapi tu hakikatnya... selalu ibu akan cerita perkembangan anak-anak bila diaorang rasa gembira... so sweet... ana tak boleh bayangkan, situasi itu jadi kat ana, ya la benda tak jadi lagi mana kita nak tau kan.. huhu.. 



 doakan ana dapat suami yang baik..moga dia boleh pimpin ana ke jalan yang diredhai ALLAH.. doakan ana dan dia disatukan... yaALLAH satukan hatinya dengan hatiku dalam ikatan pernikahan yang diredhaiMU dan ibubapa kami...bukakanlah pintu hatinya untuk menerimaku dan melamarku menjadi isterinya yang sah.. hanya ENGKAU yang mengetahui perasaan hatiku YA RABBI...aamiin...

Thursday, September 27, 2012

semangat itu penting

bismillah...hari dah 3 minggu ana masuk sem baru..rasanya minggu nie kelas on seperti jadual..ye la 2minggu lepas USM ada majlis konvokesyen, jadi banyak kelas digunakan untk majlis tu..best la kan 2 minggu boleh ronda2 dalam usm sblm start belajar, kira ambl mood la orang kata..hihi..

walaupon mood tak berapa ada lagi...tapi ana perlu terus kan perjuangan..cewahhh.. ye la kalau tak terus kan perjuangan...mcmn nk dpt keputusan yg elok.. ana perlu kutip balik semangt tak kira aps pon terjadi.. yaAllah permudahkan urusan hambamu ini untuk semester ini..bantu lah aku ya Rabbi..selamatlah daku ya Rahim..aamiin.. hati ana tak akn damai kalau tak mengingati Allah...huhu.

Wednesday, September 26, 2012

pesan doktor

Bismillah....Pesan doktor saya, " Bila apa yang kamu sedang belajar, atau apa yang sedang kamu buat, tidak membantu untuk meningkatkan iman kamu, maka tinggalkanlah. Kerana ia sekadar sia sia. Atau perbaikilah. Kerana mungkin ada yang tidak kena.

 " Subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil 'adzhim "



pelangi selapas hujan...

Saturday, September 15, 2012

dear.....


dear laptop:-



tolong jgn sakit... saya perlu kan awak!!


                                             from: kekasih hati


perasaan sepoi-sepoi angin..

12:31 am (15 sep 2012)

bismilah.. lama ana tak update blog kan.. apa khabar "en" blog... hehe..

malam nie tulis sebab ada perasaan kurang baik... tetiba rasa, geram sakit hati, meluat, menyampah dan cemburu... sebenarnya rasa cemburu tu yang paling tinggi.. hehe.. cemburu buta tuli orang panggil, sebab puncanya sikit ja.. orang panggil sikit punya hal la... tp mmg tak leh tahan..sbb tu la tulis kat "en" blog... walaupon "en" blog tak berfungsi pon, sekurang-kurangnya hilang sikit rasa dihati ini.. ^_^

orang cakap "kalau tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi".. tapi bagi ana pulak "kalau tepuk sebelah tangan tu kat meja atau gendang kompom berbunyi jugak".. kan..kan..  jadi it's ok la kan kalau ana ada perasaan cemburu... walaupon tadi rasa cemburu gila tp sekarang dah ok.. cepat ja reda kan.. alhmdulillah.. ALLAH bagi cara untuk ana reda perasaan tu.. walaupon benda tu akan jadi lagi..ana still ok, sbb ana ada ALLAH yang bagi ilham untuk ana taip kat "en" blog....

mugkin dah lambat untuk ana ucapkan selamat hari raya.. tapi rasa nk ucap gak sementara syawal masih ada.. hari ahad nie last syawal.. alhamdulillah, ana sempat habis kan posa ganti dibulan syawal.. ^_^
SELAMAT HARI RAYA "EN" BLOG... hehe


Tuesday, August 14, 2012

25 hari dah posa

1.50pm (14-Aug-2012)

Bismillah.... hari nie dah 25 hari umat islam berpuasa, dan hari nie birthday Mardhiah Ishak adik kepada Zaid Ishak dan Masyitah Ishak.. saja la tulis dah tadi wish kat dia..hehehe.. alhamdulillah... tapi ana sedih la.. makin hari makin malas jadi nya...tak tau sebab apa.. bukan malas sikit2 dah nie..malas banyak... rumah pulak dalam renovation...letih hidup dalam keadaan habuk... kesian kat mak kena mop lantai hari- hari... ana nie dah la pemalas tapi tak mau tolong mak pon..seminggu dah la ana selsema, batuk dan demam... satu rumah dah berjangkit.. sbb ana la penyebar penyakit berjangkit tu... tp org len dah sihat dah, ana je tak baik sepenuhnya lagi.. ujian bulan puasa agaknya.. mugkin ana dapat penyakit nie sbb ana pemalas kot.. aish.. kena rajin nie..tak boleh malas2.. nnt org x berkenan buat menantu kan susah... :P... huhu.. ada ke org sudi nk jadikan ana menantu dia.. dan la x pandai segala serba serbi... ish..ish.. apa nk jadi dgn Farhana nie.... yaALLAH selamat kan hati ini yaALLAH.. jgn biar kemalasan menguasai diri hambamu yang lemah ini..selamatkan diriku dari bisikan nafsu yg jahat...aamiin...

hijau yang menenangkan..subhanallah

Sunday, July 22, 2012

alhmdulillah, ahlan ya ramadhan

5.54pm (22-JUL-2012)

Bismillah, alhmdulillah hari nie masuk hari kedua puasa.. alhmdulillah, Allah beri lagi peluang untuk aku berjumpa dengan bulan ramadhan.. yaALLAH beri aku kesabaran untuk terus istiqomah melakukan kebaikan.. yaALLAH ampuni dosa ku... selamatkan imanku yaRabbii..



Thursday, June 28, 2012

pelik dan memang pelik..


Sekadar Renungan Bersama…

Pelik ya..duit RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
Tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket

Pelik ya..30 minit terasa begitu lama untuk berzikir ,
Tetapi betapa pendeknya waktu untuk satu cerita komedi

Pelik ya..betapa lamanya 1 jam berada di masjid,
Tetapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung

Pelik ya..tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat,dah rasa jemu,
Tetapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang 2,3 kali

Pelik ya..susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
Tetapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gosip

Pelik ya.. kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai di email mahupun di facebook,
Tetapi bila mengirim yang berkaitan ibadah,berfikir dua tiga kali..

Memang Pelik Tapi Itulah Hakikatnya...


 ana sangat terkesan dengan ayat nie.. yaALLAH peliharalah imanku..aamiin..



makan-makan

1.22pm (28-Jun-2012)

Bismillah, kemarin 27-jun-2012 ana p makan kat "seoul garden" kat gurney, penang... seoul garden ialah restoren makan korea... mahal gak nak masuk makan kat tempat nie.. tp dah teringan ana dan kawan-kawan p juga.. dah la ana ada 1 paper exam lagi, boleh pulak p enjoy kan... huhuhu.. esok last paper "psychology development" moga-moga ALLAH beri ketenangan untuk ana menjawab soalan psychology.. ana x baca apa pon untuk paper nie, yaALLAH selamatkan daku dari kelalian..aamiin..

masa p seoul garden tu, ana ada la ambil beberapa gambar... tgok ye.. ^_^

 kalau nak makan kena masak dulu.. ala, macam cerita korea tu makan kena masak dulu... sedap! ^_^
 salad berinti kan daging bakar, masa tengok cerita korea depa bubuh mcm nie lah.. so ana cuba, memamg terbaikkk lah..alhmdulillah...
udang bakar pon ada.. tapi ana tak makan.. kawan-kawan ana yang makan.. ana sayang perut ana jadi, ana makan tak campurkan makanan la, daging dengan ayam tak boleh dimakan serentak dengan makanan laut...
 damping pon ada, ayam goreng, ikan bakar, samosa pon ada..
 air oren dengan air krim.. nyamm..nyamm.. perisa vanila, durian dan jagung.. bubuh kacang sikit nak bagi naik selera..
 ana ambl 2 kali air krim, yang nie perisa min, durian dan jadung..sedap...
 bil untuk 3 orang makan.. sorang kena bayar RM25.50.. apa macam? mahal x?? tp kita boleh pilih semua makan yang ada dalam restoren tu.. pilih ja nak makan apa..kalau mampu makan, makan sampai kenyang..
 air papsi tambah air krim vanila, kawan yang minum..ana dah x mampu dah...
 selesai makan... tapi pinggan-pinggan yang tak guna cepat je pelayan mai angkat..sbb tu meja nampk kosong je..
  logo restoren seoul garden.. masa nak balik baru tangkap...^_^

Tuesday, June 26, 2012

patut la....

6.16pm (26-Jun-2012)


Bismillah... patutlah tadi pagi asyid berdebar ja ..rupanya pertanda, pertanda yang ana tak boleh nak jawab soalan exam.. huhuh.. mmg tak reti langsung..soalan dia pelik!! hrmmm..sangat pelik.. ana tahu la, ana nie baca tak banyak sangat, tp bab yang doktor tekankan mmg ana fokus... dah bab2 yang di baca tu juga naik dalam soalan.. tapi ana tak boleh nak jawab.. mmg tak boleh nak jawab langsung.. ada 5 soalan tapi jawab 4 soalan ja...setiap soalan 25 markah, bayangkan berapa banyak kena karang ayat?? huhuh.. "organisation developmen" (OD) memang susah!! ana tengok pelajar-pelajar lain tekun sangat menjawab.. ada budak lelaki nie, siap buat graf lagi..adoiii, tensyen ooooii tgok dia, tulis panjang-panjang.. ana siap boleh tgok g ber''page-page" dia jawab untuk satu soalan.. ana pulak 1 solan 1page ja kot...habis la 25 markah tu.. huhuh.. sedih terlampau nie..  dalam dewan exam tu, 3jam diperuntukkan untuk jawab soalan..tapi 2 jam je ana fokus 1 jam lagi tengok keliling...bukan meniru ok.. soalan "essay" nak tiru apanya. tulisan diaorg pon tak nampak... huhuhu.. (ada niat nak tiru tuu) ~~ish..ish~~ yaALLAH, lembut kan hati doktor Lilys sewaktu membuat semakkan keatas jawapan "OD" ku yaALLAH, lahirkan rasa simpati dalam diri doktor, supaya memberi markah lebih kepadaku yaRABII...bantulah aku yaALLAH..sesungguhnya engkau sahaja MAHA MEMBERI BANTUAN...aamiin..aamiin..aamiin..

pengajaran hari nie.. jangan la ambl mudah baca  note slide ja, kena baca gak buku teks... huhuhu.. sedih la..sangat sadis... lps 3 jam masa diberikan, so doktor pon kutip la kertas..sempat gak ana baca "allahumayasir walatuasir" huhuhu... masa nak keluar dewan jumpa roomate... kak fa bagi surat dari school management...fuhhh..surat apakah itu?? lalu ana pon buka...bila buka surat dukacita pulak!! "pembatalan pengecualian unit... arrrrrr.. dulu sapa suruh terima masa orang buat pengecualian unit..skng nie nak tarik balik... "buruk siku"!! dah sedih tak boleh jawab soalan exam, tambah lagi sedih kena ambl subjek "strategi pengurusan" balik.. arrrr..x suka sungguh... tapi...ana redha.. redha dengan ketentuan nie.. ALLAH nak ana bersabar dalam ujian-Nya.. moga ALLAH berikan ana kekuatan..aamiin.. LOVE ALLAH~~

 yang nie masa mula-mual dapat pengecualian "gembira ALLAH ja tahu"
yang nie pulak dukacita pembatalan pengecualian "sedih ALLAH juga yang tahu"

last minte study...

9.57am (26-6-2012)

Bismillah, bicara tentang study... cewah.. padahal tak study sangat pon.. over taip ja.. hoho.. sebenarnya dok gabra nie.. pukul 2.15 pm  ada exam, cuak bangat.. rasa berdebar ja dari pagi tadi, lepas solat dhuha ok sikit lps tu hati berdebar balik... disebabkan rasa berdebar-debar tu tak berhenti, ana baca lah yasin.. alhmdulillah sekarang kurang sikit rasa gugup tu... baca note rasa semua tak paham.. "organization development" ada auranya tersendiri.. ana rasa gerun sangat dengan paper nie.. aduuuhh.. tetiba cuak balik... yaALLAH damaikanlah hati daku..aamiin...



study sambil bersarapan roti berinti tuna pedas+sos cili.. sekarang dah nak termuntah dah.. tak lalu sebenarnya.. tp disebabkan teringin..makan juga... pelik kan bila rasa teringin.. benda tak lalu dek tekak pon boleh makan.. wueekkk..nak termuntah lah...sabar-sabar, rugi ja makan sarapan tadi...

Wednesday, June 20, 2012

contengan kretif # 2


2.41pm (20-Jun-2012)

Bismillah..sebelum mengarut...nak tulis dulu..hari nie birthday my adik sepupu..tp kami sama umur.. hehe.. happy birthday samhan, may ALLAH bless you..aamiin (pesanan maksu untuk anda en samhan "cari calon menantu kat mak molek2 sikit")..haha..wish kat blog mcm dia tau.. biaq lah..malas nk mesej, bukan ana ada nmbr f0n dia pon….

Ada lagi contengan tak bertauliah ana singgah di note.. kali nie slide note “ technology management and innovation” (esok paper nie exam ooii, aduh serabut) Allahumayasir walatuasir ...banyak main la ana nie.. jom uysar contengan tu…heee~~


 slide bab 4... kata semangat tu... faithing~~
 slide bab 4 juga...USM dekat dihati.. ^_^
 slide bab 6.. main susun ayat..mula nama ana then diikuti nama-nama family 
 tanda tangan pon ada, yg nie kat slide bab 6 gak
 silde bad 6 lagi.. hai banyak sungguh ana contengan erk... ish..ish
slide bab 8...nama ku... cahaya riang gembira...

cotengan nie, x comey nagt..sbb xdak warna warni.. guna pen biru ja.. contengan sana sini...
yaALLAH biar lah setiap bait kata yang ditulis di ilhamkan oleh-MU.. pelihara lah daku yaRABII