BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 28, 2012

saja suka2..

10.53pm (28-may-2012)

Hari nie ana asyid baca entry dari diari rindu muhsin dan mira :) http://myraluvherlife.blogspot.com/ suka sangat… sweet.. comey..  depa pon muda dari ana… tp depa bijak.. ALLAH temukan jodoh depa sbb depa mmg dijodohkan bersama… moga mereka bahagia dunia akhirat… aamiin…. ana betoi2 suka entry dlm blog tu.. ana nie gila gak membaca.. tp baca blog la… heeee….. bila baca blog tu.. ana lak rasa bahagia bersama.. heeee~~  sangat bahagia… tumpang bahagia tak salah kot… heee…  tak tahu nk tulis apa dah sbb suka sangat baca blog tu… best…suka^_^ … paling suka bila tengok depa pakai baju raya.. warna hijau … warna favorite ana tu………..heeee~~ gila ana suka…


nie la muka depan blog http://myraluvherlife.blogspot.com/
yang nie family depa pakai baju hijau.. ^_^

11.05 pm..
blog dah mcm len la.. dah la ana x berapa pandai sgt memblog kan diri... dia ubh style baru pulak.. ah...susah la ana nnt.. dah la yg lama pon tak habis belajar lagi..masuk pulak yg baru... susah..susah... main hentam dah la..janji ana update blog ana nie.. heee~~ 

Monday, April 2, 2012

termakbulkah doaku??


.

Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepadaNya, hendaklah dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya.
Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah.
Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan:
"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas". (Surah al-'Araf, 55).
Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah, kita menghampiri pintu kemakbulan.
Bersangka buruk kepada Allah seperti menganggap Allah tidak akan terima doa adalah perasaan yang salah dan perlu dibaiki. Bagaimana mungkin Allah menolak doa, sedangkan Dia yang memerintahkan kita berdoa kepadaNya.
Firman Allah:
"
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).
FirmanNya juga:
"Dan Tuhan kamu berfirman, berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu". (Surah Ghafir, 60).
Doa yang dilakukan dengan penuh penghayatan pasti diterima Allah. Itulah jaminan Allah sendiri.
Maka seseorang hamba yang berdoa hendaklah dia penuh dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doanya.
Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa sahaja yang ragu-ragu terhadap penerimaan Allah.
Sabda Nabi s.a.w:
"
Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa" (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Namun, waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam ilmu Allah. Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya.
Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam berdoa. 
Sabda Nabi s.a.w : "Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah. Mereka bertanya: Apa itu tergopoh-gapah ?. Baginda menjelaskan : Orang yang tergopoh-gapah apabila dia berkata aku sudah berdoa! aku telah pun berdoa! tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa"(Riwayat Muslim).
Cara bagaimana Allah memustajabkan sesuatu pengharapan atau doa hamba itu juga berbeza-beza. Mungkin tidak seperti jalan yang disangka hamba yang berdoa itu, tetapi Allah sesuatu yang lain yang lebih baik untuknya.
Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar atas andaian dengan kekayaan itu maka dia akan bahagia. Namun Allah mengetahui tentang hal hamba tersebut yang mana kekayaan besar boleh memudaratkan iman atau persekitarannya yang lain.
Allah mungkin menggantikan kekayaan yang besar itu dengan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh dan keluarga yang bahagia. Kesemua itu membawanya mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut.
Sabda Nabi s.a.w : "Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya". (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya'la dengan sanad yang sahih).
Doa tidak sia-sia. Doa adalah lambang pengabdian diri seorang hamba Allah kepada Allah Yang Maha Agung. Sebab itulah berdoa kepada selain Allah, sekalipun memohon kemustajaban dari nabi atau wali adalah dianggap sebagai syrik. Sementara berdoa kepada Allah adalah ibadah. Ertinya, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadah selama sejam. Jika dia berdoa sepanjang malam, bererti dia beribadah sepanjang malam.
Sabda Nabi s.a.w : "Doa itu adalah ibadah" (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Adapun berdoa selain Allah pula adalah syirik dan memusuhi penyerunya pada hari Kiamat kelak.
Firman Allah: (maksudnya): "Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka" (Surah al-Ahqaf, 5-6).
Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.
Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan.
Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim.
Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.
Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepadaNya

Thursday, January 5, 2012

bicara hati


Sedih…

Ana tak tahu kenapa ana rasa sedih..kenapa ye ana rasa sedih?? Sedih ke cemburu?? Patut ka ana cemburu?? Adakah sbb ana cemburu, ana turut rasa sedih?? Aish.. apa kena-mengena dengan dua benda nie?? Ana sedih sebab apa?? Sbb ana cemburu kot?? Betol ka ana tengah rasa cemburu sekarang nie?? Mungkin ye agaknya… ana tengah ada perasaan cemburu sekarang nie.. patut ka ana cemburu dengan benda tu?? Dia bukan sapa2 dengan ana.. tapi hati ana nak kat dia.. hati ana nie suka kat dia.. ana tak tahu perasaan apa lagi yang ana rasa pada dia.. tapi ana memang rasa marah, bila tengok benda tu… kenapa ana patut marah?? Dia bukan sapa2 dengan ana… aduhh.. susah situasai ana nie kan.. pelik.. rasa mcm tak boleh kawal dah perasaan nie.. mungkin ana teringat dekat dia agaknya.. sebab tu ana jadi macam nie…. Macam mana nak bagi tak ingt dia?? TIAP2 malam ana berangan nak kahwin dengan dia.. astgfirullah halazim.. hrmmm..parah2.. tapi kenapa ye ana perlu berangan macam tu?? Dia sendiri penah kata, dia tak mahu kat ana.. kenapa ana masih mahukan dia ?? kenapa?? YaAllah, ana betol2 tak tahu dengan perasaan nie.. rasa rimas… rasa tak suka.. arrrr…..YaAllah tolonglah diriku untuk ubah perangai ini YaAllah.. ana takut kepada-MU.. ana takut..takut amalan ana tidak diterima-MU… ana mahukan redha-MU.. 


YaALLAH.. andai dia jodoh ku.. satukanlah hatinya dengan hatiku, agar kami memperolehi redha-MU, agar jodoh kami bersama cinta-MU, agar keluarga kami menjadi taman syurga-MU.. agar jiwa kami, kasih kami, sayang kami, rindu kami, cinta kami hanya kerana-MU… 

sekirnya dia bukan jodohku, jodohkan jugak…jika dia tidak berjodoh denganku, maka jadikanlah kami jodoh..kalau dia bukan jodoh ku, jangan sampai dia dapat jodoh lain selainku…kalau dia tidak bisa dijodohkan denganku jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku dan saat dia telah tidak memiliki jodoh, jodohkanlah kami kembali… kalau dia berjodoh dengan orang lain, putuskanlah!! Jodohkan denganku…jika dia tetap menjadi jodoh orang lain, biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dulu dan kemudian, jodohkan kembali dia dengaku… (nak,nak sangat nie!!) aamiin.. 

jodohkan dia untuk ku yaALLAH

Sunday, January 1, 2012

kisah percintaan antara hati dan iman

Kadang-kadang hati kering tanpa sinaran hidayah daripadNya. 
Oh, iman.. Janganlah tinggalkan hati..
Hati sayang iman..
Andai iman pergi tinggalkan hati, pasti hati terluka...
Imanlah penawar hati...
Keranamu iman, Hati mengenal Sang Pencipta Yang Maha Pengasih..
Yang telah mengurniakan iman pada hati..
Iman, hati perlukan iman..
Ya Allah, Kau peliharalah imanku ini..Ya Allah..
Imanlah sebaik-baik teman yang indah sekali buat hati..

Iman, hati perlukn iman..
Bila iman tiada di hati, tiada erti hidup di dunia ini..
Iman, ke mana iman pergi? 
Hati ini gelap tanpa iman..
Hati..hati harus digilap..
Agar hati sentiasa bersih dari terpalit cebisan kekotoran..
Bila hati kotor, iman pun hilang...
Bagaimana ingin menggilap hati tanpa iman?
Bagaimana ingin menggilap hati kalau iman tiada?
Iman, hati akan mencari iman!
Kerana iman sepatutnya berada di hati..

Iman, tanpa iman..hati mati... 
Ya Allah, Engkau tempatkanlah iman di hati..
Ya Allah, Engkau kekalkanlah iman di hati..
Jangan biarkan imanku lari, Ya Allah..
Ya Allah, bila iman ada di hati..
Hati tidak akan mati, Ya Allah..
Ya Allah, hati hanya ingin mati bersama iman, Ya Allah.. 


hati perlu iman

Monday, October 3, 2011

Sebelum engkau halal bagiku...

Aku mencintaimu dengan menjauh darimu...
Bukan kerana aku membenci mu..

Namun kerana aku ingin menjagamu,
dan menjaga diri ku sendiri dari khalwat yang menjebak,

Aku mencintaimu dengan
menjaga diri ku dan diri mu..
menjaga kesucianku dan kesucianmu..
menjaga kehormatanku dan kehormatanmu..
menjaga kebersihan hati ku dan hati mu
sebelum engkau halal bagiku.

 semoga kita memperoleh cintaNYA..amin

Friday, September 23, 2011

kasih sayang..^_^

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang ma'af mema'afkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih TUHAN tiada bertepi
Sayang TUHAN janji-NYA pasti

Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada simpati tiada persaudaraan

Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada bakti tiada kema'afan

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita

Kasih sayang oooo dunia
Moga selamat di Akhirat sana