BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 19, 2013

salam ramadhan kareem

bismillah~~ alhmdulillah dah 10 hari umat islam berpuasa.. selamat berpuasa kekawan en "blog" . lama ana tak menulis... sekarang nie mood nk menulis tak mai, sbb tu malas nk update blog...huhu.. inysaALLAH ada berita gempak, ana cari la en"blog".. hehe..

semoga tahun nie puasa kita mendapat pahala dan semua ramadhan kali ini tak berlalu dengan sia-sia.. aamiinn..

Tuesday, February 5, 2013

bila dia~~

bismillah.. 

hari nie entry hanya untuk sisi luah apa yang ada dibenak perasaan, kalau yang dok kacau, jiwa raga nie better luah kan jangan simpan..nnt buat diri merana..tu prinsip ana..jadi!! tau apa ana nak buat?? ana nak cerita la kat "en blog" biaq tak ada apa2 dah dalam hati nie... first ana nie ada la suka kat seseorang, dulu kalau ana suka kat seseorang ana tulis diari..skng diari dah tak buat sbb ada ja penyebok suka nak baca diari tu.. so ana hentikan pengeluaran diari (cewaah mcm terbitkan buku lak) bila dah tak keluar kan diari..ana update kat "en blog" ja la tentang feeling ana yang terjadi dari semasa ke semasa.. 

ikut mood gak la nk tulis kat "en blog" nie..hehehe.. ok..ok.. berbalik pada perasaan tadi.. so kalau dah terbekenan dan tersuka kat seseorang tu.. ana akan selidik semua hal pasai dia.. hahaha.. jeng2.. pasai diri dia, tarikh lahir, no ic, nama penuh, alamat rumah, sapa fmly dia, berapa adik beradik, mak ayah kerja apa, sapa kawan dia dan siapa girlfriend dia (tudiaaa, sampai mcm tu sekali).. tapi alhmdulillah setakat nie, orng yng ana suka tak tau yang ana suka kat dia.. biar pecah diperut jangan pecah dimulut..kira biar merana dari dapat???? ekk mcm tu ka?? hrmmm.. nak merana apa " ana percaya pada JODOH ALLAH" jadi, ia tidak menjadi masalah kepada saya untuk fikir soal merana.. biaq ana tak habaq ana suka dia, sebab itu lebih baik!! ini bukan soal perigi cari timba atau apa pon.. ini soal ana tak akan sama sekali ckp yang ana suka kat dia.. selagi dia tak menjadi halal untuk ana (cewwah) lafas itu hanya untuk "suamiku" (jeng-jeng sapa ye) :P moga-moga dia orng yg saya suka

ok..ok.. berbalik kepada orang yang ana suka...disebabkan ana suka kat dia kan.. so, mmg menjadi satu kemestian untuk ana selidik aktivit dia setiap hari di FB, twtr, blog (dia xpenah update pon), myspce... itu ja kot dalam laman sosial yang tinggal.. friendster dah tak de.. bila dah selalu dok mengusyar baik punya...so, ada ja la benda tak puas hati kan.. ramai sangat la budak perempuan yang sedang dok mengayat dia, (dia tak handsome pon) tapi dia baik, cakap dengan perempuan sopan santun, jarang la dia nie nak menipu... sebab kalau dia malas nk layan perempuan sekeliling dia, dia buat tak tahu ja... termasuk la ana... aish...  so disebabkan dia nie jarang ambl tahu pasai ana, ada sekali dua ana msg lah dia... tup..tup.. dia tnya nie sapa!! arrrr bengang kot!! tapi, dgn hati yang geram dan bengang ana pon cakap, ini ananul farhana makwe baru mu...dia secara automatik akan tulis.. sorry2 hari tu fomat handphone..( pendek gila tulis tambah lagi kebenganganku).... so, lepas dia tulis macam tu, ana terus  x msg dah.. hopely dia simpan la kan nmbr tu... jadi rasa lega la, sbb nama ku masih berada di handphonenya... dan yang terbaruuuuuuuuuuuuuuuu~~ dia ada tulis comment kat fb yng dia fomat handphone lagi... uuuwwwahhhhh.. :"( sedihhhhhhhhhh...  tau x sedih kenapa.. kemungkinan besar, nama ana... ya nama ananul farhana akan lenyap bersama prgm fomat handphonenya itu... arrrrrrrrrrrrrrrrr.. dh la dia mmg langsung tak ingt kan ana... dan sekarang kemungkinan besar namaku sudah tak de dalam handphone nyaaaaaaa... uuuwwaaahhh...tapi satu ja.. ana akan sentiasa doakan ana dan dia dijodoh bersama oleh ALLAH ... yaALLAH dekat kan hatinya dgn hatiku kerana cinta kami kepadaMU, kasih kami keranaMU dan seluruh jiwa raga kami hanya keranaMU.. bukakanlah pintu hatinya untk menerimaku menjadi isterinya yang sah didunia dan akhirat.. peliharalah keluarga ku untuk menerimanya.. peliharalah keluarganya untuk menrimaku..aamiin.. jodohkan daku dan dia  yaRabbi...

Sunday, January 20, 2013

duit~~

Bismillah..

suatu petang..

ana: ayah nak thousand ringgit
ayah: nak wat apa?
ana: saja nk bagi ada duit dalam bank..
ayah: kalau kak kahwin ayah bagi la...

ana: senyap x kata apa2... permintaan nampak simple tapi susah gak nk tunaikan...
moga jodoh ku dipercepatkan...aamiin..

bengang~~

bismillah...

hari nie bangun pagi rasa ceria ja sikit dari semalam.. ye la semalam rasa macam nak marah orang ja.. sampai maigrin tahan marah... ingtkan bangun pagi akan terus ceria sampai petang.. tapi dok ja tengah hari  nie kawan baik aku, buat aku rasa bengang... bengang tarak dah.. boleh terbakar ja.. arrr..aku bengang!! dak mood bagai.. masa hari tu plan, dia excited gila~~  sekang mcm2 perasaan dia nk mai lak~~~ hrmmm.. aku dah cukup paham.. aku pon tau aih persaan mcm tu..  hrmmm.. buat maigrin aku mai balik ja.. aku mmg bengang sangat!!  asgfirullahhalazim.. sabaq2.. ALLAH uji sikit ja nie.. 

Friday, January 18, 2013

tag 1#

Bismillah..

tengok ada orang tag benda nie kat fB.. macam cool je.. jadi ana pon ambl copy la boh dalam "en blog"

orang yang banyak membantu saya:  ayah- mahadi ramli(dari segi kewangan.. hehe)
orang yang saya kenal dan dia baik : dila- nur adeela ruslan
0rang yang sering bagi nasihat untuk saya : kak ngah- nur adlina mahadi
orang yang tidak akan saya lupakan: adik pian- muhammad sufian mahadi ( al fatihah)
orang yang comel dan mempersonakan: ananul farhana- ( gila puji diri sendiri) hahah
orang yang paling saya benci (lawannya la) : zaid- zaid ishak

orang yang nampak cool: padil- muhammad fadhil abd rahman, banyak benda yang ana impikan dia yang selalu bagi!!
orang yang paling saya sayang : mak- aishah mohd zaid @zaid 
orang yang selalu ada untuk saya : timah- siti fatimah osman 

orang yang tak pernah jemu melayan saya: mencapai impan hujung jari, ana selalu marah2 dia kalau xdak mood, tapi dia stll layan- burhan kalami

saja suka-suka.. kalau ada nama kawan2 yang xdak.. nnt ana bubuh ye.. yang nie baru first time..hahah..

Saturday, January 12, 2013

alhmdulillah 12.1.13

12 jan 13 10.10pm

Bismillah.. hari nie ALLAH bagi peluang untuk sambut birthday.. tak tahu tahun depan macam mana..sempat ke tak.. moga ALLAH sentiasa memberkati ana..aamiin..

12.1.13...tarikh lahir ana.. ***bling-bling ***.. mak bagi hadiah jam..alhmdulillah..sayang mak... hari nie pon birthday mak dan anak buah ana.. kami mempunyai satu tarikh lahir yang sama iaitu 12 januari...  3 orang yang berbeza usia, tapi mempunyai banyak persamaan antaranya:
1) kami semua perempuan!
2)kami anak second last, kira kami ada adik la..
3)muka kami sama dgn muka ayah masing-masing (mak sama dgn tok wan ana la) (ana macam ayah-suami mak) dan (aina macam ayah dia- abang ipaq ana) :P anak ayah la katakan.. alhmdulillah, walaupun muka ana macam ayah tapi tarikh lahir macam mak!!
4)dah muka macam ayah, jadi sudah tentu kami jadi anak kesayangan ayah... hihi

terima kasih kepada rakan2 yang wish dan yang x wish tu..xpa tak kisah pon..insyaALLAH.. tapi, orng yg ana suka dia x wish pon kat ana..sedissss T_T.. xpa lah dia bukan tau pon ana suka dia.. moga ALLAH jodohkan kami..aamiin..

  cukup sekadar gambar kek ye. hehe..

jam baru, jenama ALBA..fuyooooo..hihi
 kak ija bagi hadiah... hehe.. mahai kot buku nie..
 anak buah ana bg hadiah.. caya x... huhu.. siap tulis nama bonda lagi..
kesian aina, bonda x bagi apa2 pon kat dia...hrmmm

Thursday, November 29, 2012

warkah cinta berbau syurga~~

bismillah... hati ana berdebar2 bila tengok tajuk "warkah cinta berbau syurga" Allahuakbar.. berdebarnya.. sukaaa..suka sangat2.. huhu..macam nak nagis ja.. huwaaa.. best sgt... Allahuakbar.. x tau rasa apakah ini.. Allahuakbar...ana ambil sinopsis dari http://cairostudent.blogspot.com/2011/04/sinopsis-warkah-cinta-berbau-syurga.html 


lagu nie...


jatuh cinta sgt dgn cerita nie...Allahuakbar...

SINOPSIS WARKAH CINTA BERBAU SYURGA

Amir Mukhlis adalah penuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran dan ditakdirkan berkenalan dengan pelajar Naim Lilbanat iaitu Wardah dalam satu sesi pertemuan antara redaksi sekolah. Amir dibesarkan dalam keluarga yang subur dengan atmosfera agama. Beliau dididik dan dibesarkan oleh ibubapa yang faham asas-asas agama dengan baik. Malah, ibubapa Amir sering berbicara dan memberitahu bahawa Amir perlu menjadi pemimpin apabila beliau besar nanti. Disebabkan itu, Amir sangat fokus pada pengajian dan komitmennya amat tinggi terhadap pelajaran.



Wardah pula berasal dari keluarga yang agak kucar-kacir disebabkan bapanya mempunyai beberapa karekter yang negatif. Bapa Wardah seorang yang materialistik dan tidak menyukai karekter agamawan. Dia juga tidak mahu Wardah belajar di sekolah agama kerana memandangkan jaminan kerjaya yang kurang cerah. Bagi bapa Wardah, belajar agama adalah membazir masa dan wang, kerana tiada pulangan besar yang diperolehi daripada ilmu agama. Berbeza dengan ilmu profesional yang lain. Wardah cuba menyedarkan bapanya bahawa tanggapan seperti itu adalah salah. Atas dasar itu, beliau mahu mencari bakal suami yang berprinsip dan boleh menjadi tauladan kepada keluarganya.

Dari konflik keluarga itu membuatkan Wardah sentiasa mencari-cari lelaki ideal yang sesuai dijadikan tempat sandaran. Akhirnya, pertemuan secara tidak sengaja dengan Amir membuahkan cetusan rasa kagum dalam diri Wardah. Wardah mengambil langkah pro aktif dengan meminta sepupunya iaitu Rahim yang belajar di sekolah yang sama dengan Amir Mukhlis. Wardah cuba mencuri perhatian Amir melalui bantuan sepupunya Rahim, namun Amir tidak mahu memberikan respon. Dia berkeras tidak mahu bercinta demi menjaga kesucian agama dan status penghafaz al-Quran.

Dalam diam, Amir menghormati Wardah dan mengkaguminya disebabkan Wardah dalah antara pelajar terbaik sekolah Naim Lil Banat. Secara berhati-hati Amir cuba memberi nasihat dan peringatan kepada Wardah agar tidak bercinta dan mengikut gelora emosi remaja yang mudah dibuai kasmaran. Wardah menjadi keliru adakah Amir menyukainya atau tidak? Beberapa kali Wardah cuba mendapatkan kepastian, namun Amir tetap menggantung jawapan.

Amir pernah memberitahu kepada Wardah “Kalau ada jodoh, tidak ke mana. Takkan lari gunung dikejar” Dengan harapan Wardah mengerti bahawa dia akan setia. Malah, Amir juga cuba untuk tidak mencari orang lain. Namun, ungkapan seperti itu tidak mampu meyakinkan Wardah.

Beberapa minggu sebelum Amir ke Mesir, beliau terlibat dengan satu kemalangan kecil. Iaitu dia terlanggar seorang pelajar maahad sewaktu mengundurkan kereta. Pelajar itu luka di tangan dan Amir memberikan sapu tangan kepadanya. Gadis yang luka itu adalah BALQIS. Dari insiden itu, Balqis terlupa memulangkan sapu tangan dan menyimpannya dengan baik. Pertemuan ini berlaku seketika sahaja (Bahagian ini sengaja tidak diketengahkan, hanya pembaca yang tekun akan menyedarinya)

Beberapa tahun Wardah menggantung harapan dan berkomunikasi dengan Amir melalui surat dan telefon. Biarpun begitu, Amir tetap dengan sikapnya. Sehinggalah mereka menjejakkan kaki ke menara gading. Wardah ke Universiti Malaya dan Amir pula ke Universiti Al-Azhar, Kaherah. Wardah yang merasakan dirinya bertepuk sebelah tangan semakin tertekan dengan keegoan Amir. Ketika itu, Wardah pula dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya iaitu Syamsul.

Bapanya memilih Syamsul dengan niat memisahkan anaknya daripada mengahwini Amir. Juga disebabkan Syamsul adalah seorang pemuda yang bergaji besar serta mempunyai pekerjaan yang mantap. Sedangkan Amir masih lagi bergelar mahasiswa dan belum tentu mendapat pekerjaan yang selesa. Akhirnya Wardah kecewa dengan sikap Amir dan merelakan dirinya dilamar. Akhirnya Wardah berkahwin dengan Syamsul.

Sebaik menerima berita perkahwinan Wardah, Amir mula menyedari ada sesuatu kehilangan dalam dirinya. Dia mula merasakan kerinduan yang amat. Barulah dia sedar apa itu mencintai dalam diam. Namun, cintanya sudah dimiliki orang. Amir mula menyesal dengan sikapnya sendiri. Dia cuba mencari dimanakah kesilapannya? Dia sedar, selama ini dia terlalu rigid dan langsung tidak meluahkan perasaan sebenarnya. Disebabkan itu, dia berazam untuk bersikap dengan lebih matang dan rasional.

Sewaktu Amir sedang meneruskan pengajian di Al-Azhar, Mesir. Amir menyimpan luka kesedihan yang dalam itu. Dia mahu mempastikan bahawa persepsi bapa Wardah adalah silap. Agamawan tidak akan merempat sekalipun mereka tidak menjadi seorang yang kaya raya. Dari situ, Amir memaksa dirinya bekerja keras, dia mula membina karisma seorang pemimpin. Dia terus mengaplikasikan ilmu-ilmu yang pernah dipelajari oleh guru-guru dan ustaz-ustaznya di maahad dahulu.

Secara tidak langsung, Amir memasang cita-cita untuk menjadi penulis dan pendakwah. Dia memasuki team editorial dan menjadi pengarang utama di majalah mahasiswa Mesir. Dia mula menulis dan mengarang untuk melepaskan perasaannya itu secara estetika. Dia menulis catatan untuk memberikan motivasi dalam dirinya sendiri dan orang lain. Dia mahu sedarkan agamawan bahawa golongan ilmuan harus berjuang terus-terusan menyampaikan ilmu dalam semua bidang mahupun lapangan. Khususnya bidang seni serta penulisan.

Beberapa tahun berlalu dan pengambilan mahasiswa-mahasiswi baru dari malaysia ke universiti Al-Azhar berlangsung. Suatu hari, satu insiden telah berlaku membabitkan Amir dengan seorang siswi baru yang bernama Balqis. Beliau telah menyelamatkan Balqis dari situasi genting. Disebabkan itu, Balqis yang baru kematian ibubapa cuba mencari seseorang untuk dijadikan sumber inspirasi. Dalam masa yang sama, secara kebetulan berlaku beberapa insiden ke atas diri Balqis, dan ternyata Amir juga yang mampu menyelesaikan kesemua masalah itu.

Dalam diam, Balqis meminati Amir dan cuba mendekatinya. Melihat perwatakan dan mengenali prinsip diri beliau. Balqis mula meyakini bahawa Amirlah orang yang mampu menjaganya dunia dan akhirat. Amir masih cuba menjaga status pelajar agama dan seorang penghafaz Al-Quran, Amir tetap menjaga kesucian diri sekalipun Balqis mengharapkan perhatian darinya. Memandangkan beliau pernah bersikap ‘keras’ terhadap Wardah, Amir mahu membawa pendekatan baru dalam dirinya terhadap Balqis.

Amir pernah menyelamatkan Balqis daripada terkena satu kemalangan, dia juga pernah mendapatkan semula beg duit Balqis yang pernah diragut seorang pencopet. Tetapi, semua jasanya itu sengaja ditutup serta dia meminta Izzuddin agar memberitahu secara umum. Secara tidak langsung balqis akhirnya mengetahui kebenaran, dia kagum dengan keikhlasan Amir. Beberapa kali dia cuba memberitahu perasaannya, namun Amir seakan menolak.

Satu eksepedisi ke Jabal Musa atau Bukit Tursina telah berlangsung. Amir, Izzuddin dan Balqis turut serta dalam eksepedisi itu. Kali ini berlaku satu lagi insiden dan akhirnya Balqis benar-benar tidak dapat menahan perasaanya terhadap Amir. Balqis juga menunjukkan sapu tangan yang pernah diberikan oleh Amir ketika dia terlanggar Balqis. Amir baru tersedar, Balqis adalah gadis yang pernah ditemui secara tidak langsung di Malaysia dahulu. Tercetus dari situ, Amir mula berazam untuk menerima Balqis dengan baik.

Malangnya, sebelum ekspedisi itu berakhir, Amir jatuh pengsan dan dibawa ke hospital. Lalu dia didapati menghidap tumor di kepala. Dia diramalkan oleh doktor akan mati tidak lama lagi.

Hasrat Amir untuk menerima Balqis akhirnya menjadi kabur semula. Dia tidak mahu menerima Balqis seandainya dia terpaksa meninggalkan gadis itu sendirian selepas ini. Pasti situasi itu akan menyebabkan Balqis menderita. Dalam masa beliau membawa dilema yang besar. Ketika itu, dia mula berhadapan satu konflik dengan Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir cuba memberi jalan kepada Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir memilih untuk beralah. Namun, salah faham telah wujud antara mereka berdua. Ketika konflik kian meruncing, Amir ditimpa sakit yang kronik. Dia kian terbeban dengan harapan Balqis, tekanan sahabatnya dan masalah kesihatan.

Amir perlu membuatkan keputusan besar dalam hidupnya. Sama ada di mahu pulang ke Malaysia dan menjalankan pembedahan, atau dia perlu meneruskan serta menamatkan pengajian tanpa memikirkan lagi soal hidup atau mati. Akhirnya dia memutuskan untuk terus belajar, sebaik keputusan akhir peperiksaan hampir diumumkan. Amir diterbangkan ke Malaysia. Ibubapa Amir baru mengetahui penyakit yang dihidapinya dan membuat keputusan agar Amir menjalani pembedahan.

Balqis dan Izzuddin baru menyedari bahawa selama ini Amir berperang dengan perasaan sendiri demi menjaga perasaan orang lain. Malah Amir berperang dengan kesakitan dan penyakitnya, demi untuk tidak membebankan orang lain. Balqis masih berdoa agar jodoh antara mereka masih ada. Manakala Izzuddin hanya mampu merasa kesal dengan kebodohan sikapnya.

Amir menjalani pembedahan. Dia selamat. Keputusan peperiksaan akhir juga diumumkan, Amir mendapat keputusan cemerlang sekalipun beliau menduduki peperiksaan dalam keadaan berperang dengan kesakitan. Semua sahabat Amir beranggapan bahawa Amir sudahpun meninggal dunia. Termasuk juga Balqis.

Amir memilih untuk merahsiakan bahawa dirinya masih hidup.

Sekian.