BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 29, 2012

warkah cinta berbau syurga~~

bismillah... hati ana berdebar2 bila tengok tajuk "warkah cinta berbau syurga" Allahuakbar.. berdebarnya.. sukaaa..suka sangat2.. huhu..macam nak nagis ja.. huwaaa.. best sgt... Allahuakbar.. x tau rasa apakah ini.. Allahuakbar...ana ambil sinopsis dari http://cairostudent.blogspot.com/2011/04/sinopsis-warkah-cinta-berbau-syurga.html 


lagu nie...


jatuh cinta sgt dgn cerita nie...Allahuakbar...

SINOPSIS WARKAH CINTA BERBAU SYURGA

Amir Mukhlis adalah penuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran dan ditakdirkan berkenalan dengan pelajar Naim Lilbanat iaitu Wardah dalam satu sesi pertemuan antara redaksi sekolah. Amir dibesarkan dalam keluarga yang subur dengan atmosfera agama. Beliau dididik dan dibesarkan oleh ibubapa yang faham asas-asas agama dengan baik. Malah, ibubapa Amir sering berbicara dan memberitahu bahawa Amir perlu menjadi pemimpin apabila beliau besar nanti. Disebabkan itu, Amir sangat fokus pada pengajian dan komitmennya amat tinggi terhadap pelajaran.



Wardah pula berasal dari keluarga yang agak kucar-kacir disebabkan bapanya mempunyai beberapa karekter yang negatif. Bapa Wardah seorang yang materialistik dan tidak menyukai karekter agamawan. Dia juga tidak mahu Wardah belajar di sekolah agama kerana memandangkan jaminan kerjaya yang kurang cerah. Bagi bapa Wardah, belajar agama adalah membazir masa dan wang, kerana tiada pulangan besar yang diperolehi daripada ilmu agama. Berbeza dengan ilmu profesional yang lain. Wardah cuba menyedarkan bapanya bahawa tanggapan seperti itu adalah salah. Atas dasar itu, beliau mahu mencari bakal suami yang berprinsip dan boleh menjadi tauladan kepada keluarganya.

Dari konflik keluarga itu membuatkan Wardah sentiasa mencari-cari lelaki ideal yang sesuai dijadikan tempat sandaran. Akhirnya, pertemuan secara tidak sengaja dengan Amir membuahkan cetusan rasa kagum dalam diri Wardah. Wardah mengambil langkah pro aktif dengan meminta sepupunya iaitu Rahim yang belajar di sekolah yang sama dengan Amir Mukhlis. Wardah cuba mencuri perhatian Amir melalui bantuan sepupunya Rahim, namun Amir tidak mahu memberikan respon. Dia berkeras tidak mahu bercinta demi menjaga kesucian agama dan status penghafaz al-Quran.

Dalam diam, Amir menghormati Wardah dan mengkaguminya disebabkan Wardah dalah antara pelajar terbaik sekolah Naim Lil Banat. Secara berhati-hati Amir cuba memberi nasihat dan peringatan kepada Wardah agar tidak bercinta dan mengikut gelora emosi remaja yang mudah dibuai kasmaran. Wardah menjadi keliru adakah Amir menyukainya atau tidak? Beberapa kali Wardah cuba mendapatkan kepastian, namun Amir tetap menggantung jawapan.

Amir pernah memberitahu kepada Wardah “Kalau ada jodoh, tidak ke mana. Takkan lari gunung dikejar” Dengan harapan Wardah mengerti bahawa dia akan setia. Malah, Amir juga cuba untuk tidak mencari orang lain. Namun, ungkapan seperti itu tidak mampu meyakinkan Wardah.

Beberapa minggu sebelum Amir ke Mesir, beliau terlibat dengan satu kemalangan kecil. Iaitu dia terlanggar seorang pelajar maahad sewaktu mengundurkan kereta. Pelajar itu luka di tangan dan Amir memberikan sapu tangan kepadanya. Gadis yang luka itu adalah BALQIS. Dari insiden itu, Balqis terlupa memulangkan sapu tangan dan menyimpannya dengan baik. Pertemuan ini berlaku seketika sahaja (Bahagian ini sengaja tidak diketengahkan, hanya pembaca yang tekun akan menyedarinya)

Beberapa tahun Wardah menggantung harapan dan berkomunikasi dengan Amir melalui surat dan telefon. Biarpun begitu, Amir tetap dengan sikapnya. Sehinggalah mereka menjejakkan kaki ke menara gading. Wardah ke Universiti Malaya dan Amir pula ke Universiti Al-Azhar, Kaherah. Wardah yang merasakan dirinya bertepuk sebelah tangan semakin tertekan dengan keegoan Amir. Ketika itu, Wardah pula dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya iaitu Syamsul.

Bapanya memilih Syamsul dengan niat memisahkan anaknya daripada mengahwini Amir. Juga disebabkan Syamsul adalah seorang pemuda yang bergaji besar serta mempunyai pekerjaan yang mantap. Sedangkan Amir masih lagi bergelar mahasiswa dan belum tentu mendapat pekerjaan yang selesa. Akhirnya Wardah kecewa dengan sikap Amir dan merelakan dirinya dilamar. Akhirnya Wardah berkahwin dengan Syamsul.

Sebaik menerima berita perkahwinan Wardah, Amir mula menyedari ada sesuatu kehilangan dalam dirinya. Dia mula merasakan kerinduan yang amat. Barulah dia sedar apa itu mencintai dalam diam. Namun, cintanya sudah dimiliki orang. Amir mula menyesal dengan sikapnya sendiri. Dia cuba mencari dimanakah kesilapannya? Dia sedar, selama ini dia terlalu rigid dan langsung tidak meluahkan perasaan sebenarnya. Disebabkan itu, dia berazam untuk bersikap dengan lebih matang dan rasional.

Sewaktu Amir sedang meneruskan pengajian di Al-Azhar, Mesir. Amir menyimpan luka kesedihan yang dalam itu. Dia mahu mempastikan bahawa persepsi bapa Wardah adalah silap. Agamawan tidak akan merempat sekalipun mereka tidak menjadi seorang yang kaya raya. Dari situ, Amir memaksa dirinya bekerja keras, dia mula membina karisma seorang pemimpin. Dia terus mengaplikasikan ilmu-ilmu yang pernah dipelajari oleh guru-guru dan ustaz-ustaznya di maahad dahulu.

Secara tidak langsung, Amir memasang cita-cita untuk menjadi penulis dan pendakwah. Dia memasuki team editorial dan menjadi pengarang utama di majalah mahasiswa Mesir. Dia mula menulis dan mengarang untuk melepaskan perasaannya itu secara estetika. Dia menulis catatan untuk memberikan motivasi dalam dirinya sendiri dan orang lain. Dia mahu sedarkan agamawan bahawa golongan ilmuan harus berjuang terus-terusan menyampaikan ilmu dalam semua bidang mahupun lapangan. Khususnya bidang seni serta penulisan.

Beberapa tahun berlalu dan pengambilan mahasiswa-mahasiswi baru dari malaysia ke universiti Al-Azhar berlangsung. Suatu hari, satu insiden telah berlaku membabitkan Amir dengan seorang siswi baru yang bernama Balqis. Beliau telah menyelamatkan Balqis dari situasi genting. Disebabkan itu, Balqis yang baru kematian ibubapa cuba mencari seseorang untuk dijadikan sumber inspirasi. Dalam masa yang sama, secara kebetulan berlaku beberapa insiden ke atas diri Balqis, dan ternyata Amir juga yang mampu menyelesaikan kesemua masalah itu.

Dalam diam, Balqis meminati Amir dan cuba mendekatinya. Melihat perwatakan dan mengenali prinsip diri beliau. Balqis mula meyakini bahawa Amirlah orang yang mampu menjaganya dunia dan akhirat. Amir masih cuba menjaga status pelajar agama dan seorang penghafaz Al-Quran, Amir tetap menjaga kesucian diri sekalipun Balqis mengharapkan perhatian darinya. Memandangkan beliau pernah bersikap ‘keras’ terhadap Wardah, Amir mahu membawa pendekatan baru dalam dirinya terhadap Balqis.

Amir pernah menyelamatkan Balqis daripada terkena satu kemalangan, dia juga pernah mendapatkan semula beg duit Balqis yang pernah diragut seorang pencopet. Tetapi, semua jasanya itu sengaja ditutup serta dia meminta Izzuddin agar memberitahu secara umum. Secara tidak langsung balqis akhirnya mengetahui kebenaran, dia kagum dengan keikhlasan Amir. Beberapa kali dia cuba memberitahu perasaannya, namun Amir seakan menolak.

Satu eksepedisi ke Jabal Musa atau Bukit Tursina telah berlangsung. Amir, Izzuddin dan Balqis turut serta dalam eksepedisi itu. Kali ini berlaku satu lagi insiden dan akhirnya Balqis benar-benar tidak dapat menahan perasaanya terhadap Amir. Balqis juga menunjukkan sapu tangan yang pernah diberikan oleh Amir ketika dia terlanggar Balqis. Amir baru tersedar, Balqis adalah gadis yang pernah ditemui secara tidak langsung di Malaysia dahulu. Tercetus dari situ, Amir mula berazam untuk menerima Balqis dengan baik.

Malangnya, sebelum ekspedisi itu berakhir, Amir jatuh pengsan dan dibawa ke hospital. Lalu dia didapati menghidap tumor di kepala. Dia diramalkan oleh doktor akan mati tidak lama lagi.

Hasrat Amir untuk menerima Balqis akhirnya menjadi kabur semula. Dia tidak mahu menerima Balqis seandainya dia terpaksa meninggalkan gadis itu sendirian selepas ini. Pasti situasi itu akan menyebabkan Balqis menderita. Dalam masa beliau membawa dilema yang besar. Ketika itu, dia mula berhadapan satu konflik dengan Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir cuba memberi jalan kepada Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir memilih untuk beralah. Namun, salah faham telah wujud antara mereka berdua. Ketika konflik kian meruncing, Amir ditimpa sakit yang kronik. Dia kian terbeban dengan harapan Balqis, tekanan sahabatnya dan masalah kesihatan.

Amir perlu membuatkan keputusan besar dalam hidupnya. Sama ada di mahu pulang ke Malaysia dan menjalankan pembedahan, atau dia perlu meneruskan serta menamatkan pengajian tanpa memikirkan lagi soal hidup atau mati. Akhirnya dia memutuskan untuk terus belajar, sebaik keputusan akhir peperiksaan hampir diumumkan. Amir diterbangkan ke Malaysia. Ibubapa Amir baru mengetahui penyakit yang dihidapinya dan membuat keputusan agar Amir menjalani pembedahan.

Balqis dan Izzuddin baru menyedari bahawa selama ini Amir berperang dengan perasaan sendiri demi menjaga perasaan orang lain. Malah Amir berperang dengan kesakitan dan penyakitnya, demi untuk tidak membebankan orang lain. Balqis masih berdoa agar jodoh antara mereka masih ada. Manakala Izzuddin hanya mampu merasa kesal dengan kebodohan sikapnya.

Amir menjalani pembedahan. Dia selamat. Keputusan peperiksaan akhir juga diumumkan, Amir mendapat keputusan cemerlang sekalipun beliau menduduki peperiksaan dalam keadaan berperang dengan kesakitan. Semua sahabat Amir beranggapan bahawa Amir sudahpun meninggal dunia. Termasuk juga Balqis.

Amir memilih untuk merahsiakan bahawa dirinya masih hidup.

Sekian.

Monday, November 26, 2012

boleh ke??? alahaiii..malunya~~

Bismillah... masa dok buka Fb tetiba terjumpa kata2 yang macam best ja~~~

jika ada lelaki alim dan bagus akhlaknya maka sunat pihak perempuan melamar lelaki... weeee.. best sangat ayat nie... nak..nak.. boleh x kalau nak buat macam tu... huhuhu.. boleh ka?? ala, malu la.. malu sangat-sangat~~~ fuhhhh... first malu nak cakap la.. tetiba  ja diri nie yang x seberapa alim tapi nak lelaki yang alim...hmmmm.. yang ke-2 sudi ke dia kat ana... yang tu yang penting!! tengok macam tau dah x sudi... huhu.. sadisss ja bunyi... huhu...tetiba rasa malu ya amat!! aishhh.. malunyaaaa~~ tutup muka, tutup muka....

 tapi ana nak doa gak..nak doa gak bagi dapat si dia.. doa senjata kan..^_^..jadi kita kena terus berdoa!! macam doa kat gambar bawah nie... baca tau..baca!! mesti baca~~ tolong doa sekali ye pembaca En "blog" ana untuk ana...^_^

 perjuangan mesti diteruskan.. cewaaaah~~ aish.. malu laaaa~~ tutup mukaaa...

dia permata hati~


25-nov-2012 11.13pm

Bismillah... apa khbar pembaca En "blog" kita?? semua sihat~~ moga sihat hendakNya..
Inshaa ALLAH... saja ja tulis kat en "blog" rinduuuu.. hahah.. tadi baru je tertengok gambar kekasih hati..aduuhh tetiba rasa makin suka.. ya ALLAH ampuni dosa ku..aamiin... yaALLAH satukan hati dia dgn hati ku kerana cinta kami terhadapMu, kasih kami terhadapMu, rindu kami terhadapMu.. hati nie dah jatuh cinta kepada dia, yaALLAH.. biar perasaan ini hanya keranaMu yaALLAH..subhanallah..

tetiba ada perasaan nak Kahwin sekarang jugak!!!~~~ hahaha..boleh tak ada perasaan macam tu?? boleh la kot... kan..kan.. bukan selalu ada perasaan mcm tu... hehe~~

certa pasai kahwin, baru-baru nie ana menghadiri majlis perkahwinan kawan baik ana.. suka sangat tengok dia.. tapi tak bagi tahu la pon kat dia yang ana suka tengok dia pakai baju pengantin.. hihi.. masa p tengok dia dan kakak dia makeup, rasa ana pulak yang nak p kahwin... hehe.. macam mana tak timpul perasaan macam tu, awal-awal pagi dah p butik pengantin, masuk dalam kedai tu banyak baju pengantin..lawa-lawa pulak tu.. rasa macam dah nk kahwin dah waktu tu...tapi itu hanya perasaan saja..huhuh~~perasaan ana waktu tu teruja... teruja sebab kawan ana dah kahwin..
tahu nie ramai yang kahwin. mula dari kak Hanis, lepas tu Nashitah (kenduri dia x pergi pon ayah x bagi pergi sebab jauh dan tak tau jalan) kemudian Hanisah, dan akhir sekali Fitriah...


kak Hanis nikah bulan 3 February 2012, masa tu cuti sem semester 3.. sekarang alhamdulillah, kak Hanis dan suami dah dapat cahaya mata, bayi boy pada tanggal 24-nov-2012...Inshaa ALLAH nnt ana nak p melawat...^_^

jom tengok gambar kak Hanis di hari sejarahnya~~

 masa nie pihak lelaki tak sampai g... jadi tangap gambar siap2.
 selamat nikah sudah..alhamdulilah.. (gambar ciplak dari Fb kak hanis) haha
 yang nie dari my own fon.. handphone ja ana ada...hehe
 nie pon ciplak dari fB kak hanis..haha...

cerita pasai Nashitah abd rahim..Nash nikah masa raya haji... kenduri 19-nov-2012.. tapi ana tak leh p..huuhuh.. ayah x bagi p, walaupon rumah Nash kat pokok sena kedah juga.. tapi ana x tau jalan.. masa nk p ayah ckp x yah p.. dah la x tau jalan.. lps tu nak redah sesuka hati je.. disebabkan ayah dah berleter, jadi x pergi la.. huhu.. maaf Nash, x boleh p dihari bahagia mu... ana doakan nash bahagian bersama suami di dunia dan akhirat,..aamiin..

Next story Hanisah abd rahman... nisah nikah dan kenduri sekali 17-nov-2012... so kenduri nisah ana dok paling lama la.. dari pagi sampai tengah hari.. pagi p hantar nisah dgn kak yati p makeup.. lps tu ikt depa g masjid, tengok mcmn akad nikah dijalankan..sat je akad nikah nisah dn kak yati... sekelip mata nisah bertukar dari cik ke puan, dari single ke married... sangat cepat.. sangat x percaya!! hehe.. tapi alhmdulillah selamat semuanya.. jom kita layan gambar nisah dan kak yati..




masa nie dah selesai make up.. nisah baju putih kak yati baju biru...
 

 kak yati kakak kepada nisah kawan kakak ana
 tengok mesej dari kawan kot~~ entah
 dah selamat nikah..alhmdulillah
 sarung cincin tanda kasih dan sayang terjalin antara suami dan isteri

 ciuman di tangan si suami tnda hormat dan kasih
 Hanisah + Noor Muhammad

 Hayati + Mohd Noor

akhir sekali Fitriah binti...... ala x ingt la...huhuhu fitriah nikah dah cuma kenduri ja x buat lagi...  inShaa ALLAH 16- Dis- nie kenduri dia.. ^_^

gambar nie ana ciplak dari Fb dia..haha.. gambar nikah dia..alhmdulillah











Thursday, November 1, 2012

perasaan sepoi-sepoi angin #3

1.11.2010 11.00pm

Bismillah.. apa khbar pembaca "en" blog saya?? cehhh,, macam ada orang yang nak baca kan... tapi tetap gak nak doa untuk semua, semoga semua sihat dan bahagia dunia dan akhirat, aamiin...

tak de benda pon nak cerita, tapi nak cerita juga.. nk cerita apa erk?? entah.. cerita pasai mood tak de tapi kena juga bermood.. moodnya adalah baca buku..haha.. pelik kan mood tu, orang patut suka mood tu, tapi ana tak berapa suka..huhu.. sbb tu la result last sem terok sangat..mesti mak dengan ayah kecewa dgn anak depa kan... huhu.. kak minta maaf mak..kak minta maaf ye ayah...huhu.. T_T

sebab tu la boleh jadi mood tak de tapi kena bermood... (hancusss BI aku)... masa p kuliah tadi pensyarah dok explain mcm2..non stop.. tapi ana stll x paham sepatah pon..huhu.. kesian kan kat ana.. bab2 kuliah ja lembab...huhu.. so sad.. T_T..  so minggu nie ambil keputusan xmau balik rumah..nak study... walaupon hnya mid term exam, ana kena gak study, xnak jadi macam semester lepas.. ohhhhhhhh, tidakkkkkkkkk...

yaALLAH berikanlah hambamu ini kekuatan, peliharanlah niat ku ini, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu Ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. sesungguhnya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..amiin..

peliharalah daku yaRABBI...